PERHATIAN

SEMUA URUSAN JUAL BELI ADALAH SAH DI SEKITAR MIRI SARAWAK SAHAJA

SEMUA URUSAN JUAL BELI HANYA BOLEH DILAKUKAN DALAM BENTUK TUNAI SAHAJA.

URUSNIAGA SECARA HUTANG TIDAK AKAN DILAYAN

HARAP MAKLUM


Jumaat, 30 Julai 2010

Ikan Keli Masak Belanda

BAHAN-BAHAN:
 
  6 ekor ikan keli dicuci dan dibersihkan kemudian dikelar
  2 batang serai diketuk
  3 keping asam gelugur
  1 sudu besar serbuk kunyit
  Garam dan gula secukup rasa
  Minyak masak yang secukupnya untuk menggoreng dan menumis.

 
BAHAN DIKISAR:
  7 biji cili merah
  150 gram cili padi
10 ulas bawang merah
 3 ulas bawang putih
 2 biji bawang besar

 
CARA MEMBUAT:


1. Panaskan minyak dan goreng ikan yang telah dilumurkan dengan garam dan kunyit.
2. Goreng sehingga ia masak atau garing. Tos minyak dan masukkan di dalam pinggan hidangan.
3. Panaskan satu cawan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah dikisar, serai dan asam keping.
4. Kacau rata hingga garing dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Tuangkan ke atas ikan keli yang telah siap dihidangkan di dalam pinggan hidangan
dan taburkan dengan bawang besar yang telah dihiris nipis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan