PERHATIAN

SEMUA URUSAN JUAL BELI ADALAH SAH DI SEKITAR MIRI SARAWAK SAHAJA

SEMUA URUSAN JUAL BELI HANYA BOLEH DILAKUKAN DALAM BENTUK TUNAI SAHAJA.

URUSNIAGA SECARA HUTANG TIDAK AKAN DILAYAN

HARAP MAKLUM


Jumaat, 30 Julai 2010

BERMINAT MEMBELI JAMBU BATU?



1 KG - RM3 ke RM5
 Harga berubah-ubah mengikut harga pasaran semasa.
 
Dijamin segar dan dihantar terus ke rumah anda. 

Pembelian secara borong amat digalakkan.

Sangat sesuai untuk majlis-majlis dan untuk makanan sendiri.


Untuk tempahan sila hubungi Pak Mier di

0109642878
Sila tinggalkan alamat lengkap dan nombor telefon anda untuk memudahkan penghantaran  
 (sms alamat anda setelah menghubungi Pak Mier)

Hanya pelanggan yang benar-benar berminat akan dilayan





Berminat membeli ikan keli segar?

Sekilo RM ??? mengikut harga pasaran semasa.



Dijamin lebih murah daripada biasa.

Pembekal yang dipercayai.

Jangan ragu-ragu. Cepat sebelum terlambat.

Banyak khasiat dan enak dimasak dengan pelbagai cara.

Untuk tempahan hubungi Pak Mier..
di
0109642878


Sila berikan alamat lengkap dan nombor telefon anda.
Pembelian secara pukal amat digalakkan.

Dijamin penghantaran terus ke rumah anda.



Amat sesuai untuk pelbagai majlis ataupun kegunaan sendiri.
Dijamin HALAL, SELAMAT dan SUCI

Ikan keli goreng berlada

Bahan-bahan ( 5 orang )

• 5 ekor ikan keli sederhana besar
• 1 keping asam gelugur/asam keping
• secubit gula
• secubit garam dan kunyit
• minyak untuk menumis
  

Bahan dikisar :
• 20 biji cili api
• 10 biji cili merah 

Cara-cara 

1. Bersihkan ikan keli. Gunakan limau nipis dan daun limau purut untuk hilangkan hanyir
2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing dan ketepikan
3. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.
4. Angkat dan tuang di atas ikan keli goreng tadi.

Ikan Keli Masak Belanda

BAHAN-BAHAN:
 
  6 ekor ikan keli dicuci dan dibersihkan kemudian dikelar
  2 batang serai diketuk
  3 keping asam gelugur
  1 sudu besar serbuk kunyit
  Garam dan gula secukup rasa
  Minyak masak yang secukupnya untuk menggoreng dan menumis.

 
BAHAN DIKISAR:
  7 biji cili merah
  150 gram cili padi
10 ulas bawang merah
 3 ulas bawang putih
 2 biji bawang besar

 
CARA MEMBUAT:


1. Panaskan minyak dan goreng ikan yang telah dilumurkan dengan garam dan kunyit.
2. Goreng sehingga ia masak atau garing. Tos minyak dan masukkan di dalam pinggan hidangan.
3. Panaskan satu cawan minyak masak dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah dikisar, serai dan asam keping.
4. Kacau rata hingga garing dan masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Tuangkan ke atas ikan keli yang telah siap dihidangkan di dalam pinggan hidangan
dan taburkan dengan bawang besar yang telah dihiris nipis.

Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Resepi Ikan Keli Masak Lemak Cekur

Bahan :
2 ekor ikan keli (sederhana besar) - dipotong menjadi 2 bahagian
Asam jawa atau limau (utk menghilangkan lendir pada badan ikan keli)
Serbuk kunyit & garam
10 biji cili api (ikut suka)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Biji Cekur ikut suka, lagi byk lagi sedap rasanya.
4 helai daun limau purut
asam jawa, garam & serbuk perasa (ajinomoto la biasanya) secukupnya
1 mangkuk santan kelapa

Caranya :
1. Basuh ikan keli dengan limau atau asam jawa sampai hilang lendir.
2. Gaulkan ikan keli dgn kunyit & garam dan kemudian masukkan kedlm periuk yg berisi santan.
3. Cili api, bawang merah, putih & cekur diblend & dimasukkan sekali ke dlm periuk tadi.
4. Tambahkan garam, asam jawa & serbuk kunyit sekiranya perlu juga serbuk perasa.
5. Masukkan daun limau purut & masak di atas api sampai menggelegak la...

Note :
Pada sesiapa yg rajin sikit, Ikan keli tersebut di panggang dulu. Dan dimasukkan kedlm kuah sekiranya kuah dah menggelegak. Tak perlu dimasukkan awal2 nanti ikan tu hancur. Cara ni lagi menyelerakan.

Selamat mencuba.

Khasiat Omega-3 dalam ikan keli

Kandungan khasiat Omega-3 Ikan Keli antara tertinggi
(Berita Harian, Jumaat –4 Oktober 2002)
 
Kuala Lumpur (Malaysia) –Technology Park Malaysia (TPM) menerusi penyelidikannya mendapati ikan keli atau nama saintifiknya, Clarias gariepinus, mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.51 gram bagi setiap 100 gram, jauh lebih tinggi berbanding kandungan Omega-3 dalam ikan salmon (0.20g/100g), mackerel (0.10g/100g) atau trout (0.40g/100g). 

Kadar lemak dalam ikan keli (9-12 peratus) juga didapati antara yang tertinggi di kalangan mana- mana ikan air tawar atau masin, sama ada yang hidup di perairan tropika atau kawasan beriklim sederhana.

Khasiat ikan keli.. harus tahu..



Selain protein yang tinggi,ikan keli juga kaya dengan asid lemak Omega-3 yang mempunyai banyak kelebihan kepada tubuh manusia.Antara kelebihannya adalah seperti berikut:
  • meningkatkan sistem penglihatan
  • meningkatkan sistem saraf
  • memulihkan radang
  • mengurangkan kadar bengkak pada sendi
  • mengurangkan risiko sakit jantung
  • baik untuk perkembangan otak kanak-kanak